Tuesday, 28 April 2020

Gaji Helper Offshore Yang Sebenar

Korang tercari-cari berapa gaji helper offshore di Malaysia ni?

Berbaloi ke kerja helper dekat offshore ni ya? Dalam entri kali ni, aku akan ceritakan detail berapa gaji helper offshore.

Spoiler alert! Dalam 5k+ gaji helper offshore ni tau! Jom baca sampai habis artikel special ni.

Kalau korang nak tahu, dekat pangerang sekarang banyak bukak kosong tau!



Kalau korang minat nak jadi helper boleh letak komen di bawah post ni. Helper ni antara position paling senang nak apply dan paling senang dapat tau.

Tak payah korang nak ada degree ke diploma bagai, just tak teruk sangat gred SPM tu pun dah ok nk apply.

Kalau nak masuk offshore ni, kena ada Safety Course, kalau korang nak masuk plant kena ada NIOSH Card.

Ok, jom masuk bab gaji helper offshore.

Berapa gaji helper offshore yang sebenar ya?

Gaji helper offshore ni adalah sebanyak RM8 sejam. Kalau sehari korang akan kerja dalam 12 jam di offshore ni.

So sehari korang boleh lah dapat dalam RM96. Lebih kurang RM100 la sehari gaji jadi helper dekat offshore ni.

Berbaloi tak? OK gak pada aku, sebab korang akan kerja dalam 25 hari sebulan tau.

Eh, RM2,500 je ke bang gaji helper ni? Tapi korang akan ada elaun offshore tau! Overtime pun ada tau. Sebab helper ni banyak kerja dekat pelantar offshore tu.

Elaun harian boleh pergi dari RM200 ke RM550 sehari ikut la korang tetap ke kontrak.

Kalau korang engineer offshore boleh lah dapat RM300+ elaun offshore sehari. Kalau helper gaji korang tambah elaun RM200 sehari.

Kalau korang kerja on shore, elaun dalam RM50-RM80 je sehari.

Korang kerja 25 hari sebulan, so, RM2,500 basic tadi + RM200 x 20 hari dalam RM3000 ke RM4000 lebih.

SO, total gaji helper offshore ni adalah dalam RM5,500 ke RM6,500 sebulan.

Tapi ni kalau korang korang  kerja 25 hari ye! Kalau shift korang 2 minggu laut 2 minggu darat, korang kira la sendiri guna kadar gaji sejam tu.

Haa, berbaloi tak bang? Masyukk weh kerja helper di offshore ni.

Antara benefit dan syarat nak jadi helper offshore ni:

Korang akan dapat pengangkutan dan rumah free. Ia disediakan company. Tapi korang kena bebas dari dadah lah, itu wajib.

Umur kena 18 tahun ke atas ye. CIDB wajib ada kalau nak jadi helper offshore. Masa korang nak apply jadi helper offshore di pelantar tu, korang kena sediakan Medical Checkup Certificate.

Tak ketat pun syarat asas nak jadi helper offshore ni. Tapi memang berbaloi dengan tawaran gaji yang mereka beri.

Selalunya pengambilan helper offshore ni akan diambil sekali ramai. Kalau macam dekat pengerang tu nak ambil sekali 20 orang.

Ada juga company yang recruit sampai 300 orang sekali ambil.

Jadi tinggi juga peluang korang kalau nak dapat kerja sebagai helper offshore di pelantar minyak ni.

Korang lulus SPM saja dah cukup syarat nak jadi helper offshore.

Selalu company macam Petra Energy suka ambil helper sebab mereka main downstream banyak.

Korang minat tak nak kerja ni lepas dengar berapa gaji helper offshore ni, cecah RM5k tau sebulan!

Tips untuk korang yang nak apply sebagai helper ni, korang masa apply helper di offshore, apply sekali jawatan rigger, fitter, welder atau electrician.

Job-job ni satu kapal, kalau tak dapat helper korang mungkin dapat job yang lain.

Tapi kene ingat, kalau korang SPM je, helper je layak. Kalau korang ada sijil yang lain, boleh apply yang lain tu.

Scaffolder, rigger, NDT inspector dan welder la  maksud saya. Kalau nak guna SPM gak, ambil general worker pun takpe. 

Ni kerja macam kemas katil, mop lantai dan lain-lain. Gaji helper offshore yang agak masyuk tu lebih baik korang appy helper la kalau boleh ya.

Friday, 20 March 2020

Gaji Jurutera Mekanikal yang Sebenar di Malaysia

Ramai dari anda yang minat nak jadi jurutera. Lagi-lagi jurutera mekanikal sebab bidang mekanikal ni senang dapat pekerjaan.

Ingat lagi dulu masa aku nak pilih bidang, aku pilih jurutera mekanikal sebab aku nak buat baju Iron Man. haha.

Bidang mekanikal sangat luas permintaannya dari semua sudut teknologi. Dari oil and gas, elektronik, farmasi, bioteknologi, getah, steam enjin, boiler, teknologi alam sekitar. Hampir kesemuanya perlukan khidmat jurutera mekanikal.



Di Malaysia ni, adakah jurutera mekanikal diberi gaji yang lumayan?

Ramai dari kita sangka jurutera adalah kaya tapi betul ke tanggapan tu? Secara keseluruhannya, saya sebagai seorang jurutera mekanikal yang dah berada dalam bidang ni berpuluh tahun, saya boleh katakan agak lumayan juga gaji jurutera mekanikal ni walaupun di Malaysia.



Baiklah, gaji jurutera mekanikal ni berbeza mengikut industri tau.

Kalau korang fresh graduate, biasanya akan di bayar RM2,000 hingga RM2,400 basic salary. Kalau korang dibayar rendah dari ni, pastikan korang cepat-cepat cari syarikat lain. Korang under-paid!

Ini adalah kalau anda jadi jurutera mekanikal di kilang-kilang di darat seperti industri elektronik, atau jurutera moulding barang-barang plastik, atau jurutera kualiti (Quality Assurance Engineer), PQE (Process Quality Engineer), SQE (Supplier's Quality Engineer).

Selalunya akan ada tambahan elaun atau anda boleh kerja overtime. Kadar overtime selalunya dalam RM10 sejam. So kalau korang bujang, nak kerja sabtu ahad pun boleh. Pastikan rest sehari sebab jabatan buruh tak beri anda kerja 7 hari tanpa henti.

Rakan saya boleh dapat gaji RM4,000 bagi fresh graduate selepas kerja overtime saja!

Tapi lepas saja korang dapat first job tu, korang carilah experience sebanyak mungkin dan cuba lompat ke syarikat lain dan demand gaji korang.

Ini yang bestnya jadi jurutera ni. Korang sendiri tentukan gaji korang. Climb the ladder!

Untuk sekali lompat kilang sahaja, korang boleh dinaikkan sampai RM1,000. Ya RM1k sekali lompat sahaja. Ia tidak bergantung pada berapa lama anda kerja di kilang tersebut. Ia bergantung bagaimana anda dapat tunjukkan pengalaman anda pada company baru.

Kalau kenalan saya, kebiasaannya dari RM2000 akan jadi RM2,500 untuk second job. Tetapi bila anda masuk bidang pengurusan projek seperti Project Engineer, gaji anda akan terus jadi dalam lingkungan RM3,000 walaupun baru setahun saja pengalaman.

Tapi perlu ingat, kalau anda sudah 5 tahun pengalaman dan anda mohon kerja di syarikat yang kecil, gaji yang mereka tawarkan adalah jauh lebih tinggi. Boleh cecah RM6,000 ke RM7,000 bagi senior engineer mechanical ni.

Itu saya baru cerita jurutera di kilang, belum masuk jurutera di oil and gas. Kalau anda belajar bidang mekanikal di universiti dan ditawarkan untuk kerja di bidang oil and gas, selalunya anda akan ditawarkan sebagai Field Engineer. Gaji jurutera mekanikal yang bekerja sebagai Field Engineer adalah dalam lingkungan RM15,000 bersih!

Ini termasuk elaun kerja di pelantar minyak, atau offshore allowance. Selalunya dalam RM300 sehari elaunnya. Rajin-rajin la tengok peluang kerja di pelantar minyak ya. Gunakan Indeed Jobstreet Linkedin tu sebaiknya.

RM15k bersih kalau anda dapat bekerja di plantar minyak terutamanya di bahagian pantai timur. Kemaman atau syarikat-syarikat yang berkaitan industri ni seperti di Pengerang, Johor akan tawarkan gaji dalam lingkungan tu. Berbelas ribu ringgit!

Ok, bagaimana pula dengan gaji jurutera mekanikal di bidang oil and gas tetapi bekerja di darat seperti Petronas, Shell, Exxon Mobil, Schlumberger, Weatherford dan lain-lain?

Untuk mereka ni..Basic selalunya RM4,000 bagi fresh graduate. Macam jurutera mekanikal di Petronas, dalam range RM4k+ gajinya.

Untuk syarikat gergasi oil and gas bidang exploration macam Schlumberger dan Weatherford, gaji diorang bagi fresh graduate dalam USD3,000! Kalau tukar dalam duit kita, dalam RM12,000+ bagi yang beru start kerja di company ni.

Belum lagi jurutera mekanikal yang dah ada pengalaman dan jump company selepas 2-3 tahun. Memang senang-senang je cecah RM20,000 sebulan.

OK, kalau korang dah jadi senior engineer, walaupun bidang di darat macam industri boiler di Pasir Gudang, industri perkapalan MMHE dan lain-lain tu, gaji korang sekitar RM4000 ke RM5000 sebulan. Tak termasuk elaun tau.

Selalunya kalau industrial park akan ada elaun tambahan dalam RM1,000. Sebab korang terdedah dengan asap gas berbahaya setiap hari. Dengan kawasan yang tak berapa sihat tu.

Sebab tu penting untuk korang ambil medical card atau pun takaful untuk cover korang kalau ada emergency nanti.

Amacam? OK tak gaji jurutera mekanikal di Malaysia ni? Bagi aku agak lumayan. Cuma korang kene pandai jual pengalaman korang sahaja.

Masa interview biar over claim sikit tapi jangan melampau-lampau. Ia penting sebab korang tentukan gaji korang sendiri.

Terima dulu kerja apa diorang kasi dan gain experience dari korang mula bekerja.

Bagaimana pula dengan bidang consultant?

Bagi yang kerja di darat, tak masuk kilang, korang selalunya yang dapat pointer tip top masa di universiti dulu akan ditawarkan kerja bidang syarikat perunding atau consultant. Gaji akan offer biasanya dalam range RM3,500 hingga RM4,000 tau! Untuk consultant ni memang akan dibayar gaji mahal sebab korang akan kerja lebih  masa sedikit.

Tapi untungnya kalau korang tak masuk kilang dan bekerja dengan consultant ni, korang akan lebih mudah untuk apply IR atau Professional Engineer nanti. Kalau korang jurutera mekanikal, korang hanaya perlu 6 bulan design experience dan 3 tahun site experience.

Lepas tempoh tu, korang simpan dokumen-dokumen kerja korang dan boleh mula mohon IR dengan IEM. Tapi pastikan korang ada buat log book dan rekod kan semua kerja-kerja korang bila nak interview nanti senang sikit korang nak lepas.

Lepas dah ada IR dan korang join bidang construction (M&E), gaji korang adalah based on projek.

Korang boleh dapat RM70,000 sekali siap satu projek. Kalau korang dapat siapkan projek dalam masa 6 bulan, berbelas ribu jugak gajinya. Tapi selalunya kalau Prof. Eng. ni korang akan jadi Managing Director dan handle projek untuk klien. Korang akan bayar gaji jurutera-jurutera lain dahulu sebelum merasa habuannya.

Bagi yang minat nak jadi pensyarah, selepas korang graduate tu, korang boleh apply master course. Kalau korang dapat pensyarah yang ada grant sebagai supervisor korang, korang selalunya akan dapat elaun RM1,800 dan RM2,300 bagi pejar PhD.

Kalau jurutera mekanikal yang minat untuk sambung belajar, korang boleh target untuk jadi pensyarah dan gaji yang dioffer selalunya dalam lingkungan RM5,000 hingga RM7,000 bagi pensyarah fresh graduate PhD.

Bagi lepasan masters, gaji dalam RM4,000 sebulan. Untuk yang sampai PhD dan teruskan kerjaya sebagai Prof Madya, gaji anda dalam RM7,000 ke RM9,000.

Jika anda bertahan lama di universiti dan dapat jadi Professor, gaji anda dalam RM12,000 ke RM20,000 sebulan!

Potensi gaji jurutera mekanikal memang masyuk kalau korang pandai develop skills korang.

Jadilah jurutera mekanikal yang bijak dan berkhidmat kerana Allah.

Idea Bisnes Hujung Minggu RM100 Sehari Tanpa Modal

Adakah korang nak tambah income bulanan korang pada hujung minggu? Gaji bulan-bulan selalu tak cukup nak beli apa yang korang nak?

Apa kata korang ikut cara bisnes hujung minggu dan dapatkan income tambahan tanpa perlukan modal yang besar.

Kalau nak mula bisnes ni ada yang perlu modal, ada yang tak perlu modal. Kalau tak perlu modal korang perlu untuk laburkan masa dan tenaga korang.

Kalau korang nak result yang cepat, mulakan dengan modal. Kami kumpulkan beberapa idea bisnes hujung minggu yang boleh jana RM100 sehari untuk anda.



Idea bisnes yang perlukan modal.

1. Buka gerai pasar malam.

Untuk korang yang suka lepak-lepak dengan member. Suka menjual di pasar malam, dan suka bergaul di hujung minggu, pasar malam adalah tempat yang terbaik untuk anda tambah pendapatan. Jual lah buah-buah ke, kaca mata hitam RM5 ke, apam balik ke. Orang jual pasar malam di KL boleh cecah income RM5,000 ke RM10,000 sebulan tau!

2. Mulakan bisnes printing.

Idea bisnes hujung minggu ni memang mudah untuk start. Promote saja pada kawan-kawan dahulu. Nanti bila member korang recommend pada orang lain, korang akan dapat order tak putus-putus. Modalkan komputer dan printer peribadi saja. Lepas dah banyak order baru upgrade peralatan tu. Buatlah servis kad kahwin, photocopy, printing poskad, print bisnes kad. Pelbagaikan bisnes ni, baru nampak perniagaan anda hidup di mata pelanggan.

3. Bisnes kerepek dari rumah.

Kalau yang pandai masak dan menggoreng tu, kerepek memang sentiasa ada permintaan. Jarang orang tak nak order kerepek. Kalau korang nak kembangkan bisnes kerepek tu, korang jual saja di pasaraya.

4. Buka kedai makanan.

Buka saja khemah dan letak kerusi meja di selekoh-selekoh atau simpang empat yang ada traffic light. Memang akan banyak orang nampak. Pasang lampu banyak sikit kasi meriah. Yang penting, korang kene konsisten buka setiap minggu. Baru pelanggan nak datang selalu. Jual tak payah mahal. Cuba jual RM4 nasi goreng kampung. Kompem viral kerana murah.

5. Melabur saham/forex.

Idea bisnes ni tak payah hujung minggu pun korang boleh buat. Kat mana ada internet, korang boleh trading. Modal untuk saham agak besar dalam RM1000. Modal untuk forex kecil saja, korang boleh start dengan RM20. Konsistenkan grow akaun korang guna risk reward yang betul untuk setiap trade.
Dan kene bersabar untuk grow akaun korang. Risk kan 2% saja dari akaun. Kalau akaun anda USD20,000, anda dah boleh goyang kaki withdraw bulan-bulan.

6. Ternakan ikan/kambing/lembu/ayam.

Yang idea bisnes ni, korang kene keluar modal yang agak besar. Contoh, ada member bisnes jual ikan keli. Keluarga dia ada tanah. So, keluarkan modal dalam RM100K untuk bina kolam ikan sebanyak 26 biji. Sekarang jadi supplier yang agak masyuk di JB. Penternakan ni paling senang korang nak buat duit. Tak payah promote, orang akan cari bahan mentah tu. Customer datang melutut kat korang.

7. Tanaman herba/sayuran

Yang ni sama macam tadi. Guna idea bisnes hujung minggu ni. Tanam slow2 kat belakang rumah. Tuai dalam 2-3 bulan akan datang. Tak susah pun. Modal ada tanah saja.

8. Borong minyak wangi dan jual di kiosk pasaraya.

Ini idea bisnes yang agak brilliant. Korang borong untuk dapat harga rendah, dan market kan pada harga pasaran. Kalau nak dapat customer consistent jual di pasaraya. Pasaraya akan repeat order setiap hari akan order dari anda.

9. Jadi photographer member kahwin.

Kalau nak idea lagi gempak jadi photographer. Tapi perlu dimodalkan kamera dahulu. Belajar sendiri je jadi photographer ni. Sekali ambil gambar boleh cecah RM900 caj satu kali servis photographer kahwin ni.

10. Buka gerai uncle bob.

Mana pernah orang tak nak makan ayam goreng atau hot dog uncle bob ni kalau dah kuar bersiar-siar petang-petang tu kan. Ini idea bisnes hujung minggu yang tak ditelan zaman.

Idea bisnes yang tak perlukan modal/modal sangat rendah.

1. Mula blogging.

Kalau nak idea bisnes hujung minggu yang tak perlukan modal boleh start blogging. Kalau lagi kedekut, buat je blog macam saya buat ni guna blogspot.com. Lepastu bila trafik dah banyak buat iklan affiliate dengan klikjer macam iklan yang anda nampak di blog ni. It's totally passive selepas anda setup blog ni. Saya gunakan Google saja untuk source traffic ke blog ni. FREE!

2. Buat Youtube channel.

Ini idea yang best. Kalau hujung minggu malas nak keluar rumah berniaga, duduk rumah buat youtube channel, buat video la pasal cara buat duit ke, pasal makeup ke, pasal teknik photography ke, pasal cara nak lulus interview ke. Semua tu boleh buat duit. Konsistensi dalam buat video adalah kunci utama untuk channel youtube tu berjaya. Buat 2 video pada hujung minggu dan schedulekan untuk publish pada hari-hari di tengah minggu, youtube akan nampak consistency di situ. Teruskan untuk 2 tahun untuk nampak hasil yang memberangsangkan.

3. Freelancer seperti ambil upah design website, pereka grafik.

Ini pun cara yang ramai suka. Idea bisnes hujung minggu ni boleh jadi full time career kalau kena cara nya. Promote servis anda di Fiverr, forum-forum dan social media untuk tarik pelanggan.

4. Dropship produk orang lain.

Idea bisnes hujung minggu yang ni ada potensi besar untuk buatkan anda jutawan. Kalau nak start bisnes jual produk orang lain dulu. Nanti dah untung baru fikir buat produk sendiri untuk kaut untung lebih setiap jualan. Cari saja ajen dropship dan promote pada rakan-rakan. Atau buat iklan facebook kalau yang ada modal. Targetting dan set budget limit cap untuk dapatkan iklan murah guna PPE ads.

5. Affiliate marketing.

Ini juga idea bisnes hujung minggu yang ramai hasilkan jutawan internet. Affiliate marketing ebook di Clickbank dan Klikjer macam yang saya buat untuk dapat duit dari blog ni memang berbaloi. Yang penting korang fokus untuk hasilkan blog/website yang passive. Buat kerja sekali tapi income berkali-kali.

6. Tulis buku.

Ini kalau anda rajin menulis pada masa lapang. Tapi ingat, idea bisnes hujung minggu ni paling lambat untung. Anda perlukan masa yang banyak untuk tulis buku.

7. Bawak Grab.

Cara mudah untuk yang ada kereta dan lesen. Kalau dulu boleh start terus. Sekarang kena ada lesen. Tapi tahukah anda boleh dpt RM100 hingga RM200 sehari dengan memandu Grab? Boleh jadikan full time job kalau dapat job di bandar-bandar besar macam JB, KL dan Penang. Korang hanya perlu maintain kereta dengan baik saja. Tapi income boleh cecah RM4000 sebulan kalau korang bedal hari-hari dan hujung minggu. Kalau anda lagi  bijak sewakan kereta anda pada pemandu grab. Tapi perlu hati-hati dengan risiko kereta anda nanti ya.

8. Jual di Ebay, Amazon, Shopee, Lazada, Lelong, Mudah.

Haa. Yang ni korang boleh start idea bisnes weekend ni dengan upload seberapa banyak mungkin produk di website ecommerce tersebut. Kunci untuk berjaya guna idea bisnes ni adalah upload saja produk dengan gambar cantik dan description yang bagus. Pastikan harga anda lebih kurang dengan pesaing anda dan murah sedikit saja. Atau boleh gunakan teknik 'Loss Leader' untuk dapatkan like dan komen dahulu. Bila dah banyak engagement pada gerai online anda, baru anda naikkan harga untuk untung. Jual beberapa produk bawah harga market untuk dapatkan sale awal. Rugi dulu tapi cara ni berkesan.

9. Jadi ajen insuran, hartanah, takaful.

Ini idea bisnes hujung minggu yang boleh buat RM100 sehari senang-senang je. Komisyen yang anda makan selama 6 tahun. Katalah anda tak kerja bulan ni, income bulan lepas masih jalan. Buat kerja sekali, komisyen berkali-kali. Modal ciput, hanya kos pendaftaran RM30. Lepastu promotelah ke kawan-kawan dan keluarga untuk permulaan. Kalau ada ambil pakej family RM250+ ke, korang dapat lah makan 10% komisyen tu selama bertahun-tahun. Ini strategi naikkan cashflow bulanan korang cara pro.

10. Jadi jurubahasa dan guru tuisyen.

Kalau yang mahir banyak bahasa, boleh mulakan bisnes hujung minggu dengan mengajar orang lain. Guru tuisyen pun masyuk. Buat full time. Promote diri sendiri di website Indeed atau Jobstreet atau Mudah. Nanti ibu bapa akan cari anda. Lepas dah dapat first customer, beri bisnes kad pada mereka dan bina hubungan baik supaya ibu bapa pelajar nanti akan promote ke sedara-mara dan kawan-kawan mereka. Memang boleh cecah income RM2000 sebulan ke atas bagi yang full time guru tuisyen ni.

Thursday, 19 March 2020

Resepi Air Balang Viral

Kalau korang google keyword "resepi air balang viral" ni, korang mesti adalah salah sorang yang nak cari pasal cara nak viralkan produk air balang korang kan.

Atau maybe korang tengah cari resepi-resepi air sedap untuk korang sajikan pada pelanggan ketika jual air dekat pasar malam atau sempena ramadhan kan.

Tak kisah air apa korang jual, milo ais, teh ais letup, limau naga, nangka berduri ke.

OK, bagi menjawab persoalan yang pertama tadi, mari kita bincangkan pasal cara viralkan produk atau pun resepi air balang korang.

Cara viral resepi air balang #1

Beri Free Gift!

Kalau korang nak viralkan air balang korang, kena kasi pengeras kepada pelanggan korang. Beri benda percuma adalah satu cara terbaik untuk pujuk mereka viralkan pada kawan mereka.

"Word of mouth is so powerful"

Kalau sekali orang bercerita pasal produk atau resepi air balang korang ni, memang akan memberi impak yang sangat positif pada perniagaan korang.

Sekali member recommend, mesti kawan mereka akan jadi SERIUS BUYER! Dan akan cari kat mana kedai air balang korang.

Cara viral resepi air balang #2

Kasi air balang percuma!

Teknik lagi baik. Korang kasi je percuma air balang korang tu. Mana orang tak suka benda percuma.

Pernah dengar tak benda percuma ni lagi sedap dari biasa haha. Habis tu macam mana nak untung kalau kasi benda percuma bang?

Haa.. Dekat sini korang kena pandai main. Teknik ni namanya "LOST LEADER". Kira kasi benda murah atau percuma dalam keadaan kita rugi sedikit tapi kita kaut untung dkt produk lain atau pusing balik cara untuk untung.

Teknik lost leader ini juga digunakan oleh Abdul Rahman Bin Auf, seorang sahabat nabi yang sangat bijak berniaga.

Abdul Rahman jual unta pada harga kos dan ambil untung pada jualan tali memandu unta. Dengan cara ini, semua orang membeli dari dia walaupun pada masa tu Yahudi yang monopoli perniagaan unta dengan sistem riba' mereka.

OK, Nak tau cara untung dengan kasi air balang percuma? Ikut step berikut...

Cara viral resepi air balang #3

Share di FB dan IG kalau nak dapat air percuma.

Macam ni la korang pusing keuntungan korang. Kalau nak dapat air percuma kena share pada rakan-rakan di facebook dan instagram. Baru lah korang dapat free marketing!

Korang dapat 2 dalam 1. Korang dapat SEDEKAH dan FREE MARKETING. Kos marketing korang jadi sedekah. Tak ke best macam tu.

Suruh mereka share pada rakan di fb dan ig di kedai korang jugak. Jadi pelanggan akan memeriahkan kedai korang. Akan ada barisan yang panjang sebab korang ambil masa diorang sikit untuk memenuhkan gerai korang.

So, makin ramai orang akan minat untuk datang tengok kedai korang penuh. Berebut - rebut orang nak air balang free korang nanti.

Pastikan resepi air balang korang sedap lah baru lah akan dapat repeat order.

Jom bincang resepi pula.

Resepi Air Balang Viral #1

AIR JAGUNG SUSU


Bahan-bahan:
1. Air masak 3-4 Liter.
2. setengah botol pati jagung 495ml.
3. 3 tin susu pekat.
4. 3 tin susu cair.
5. 1 sudu kecil pewarna merah.
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.

Cara-cara menyediakan Air Jagung Susu
1. Masukkan air dalam balang 30 liter.
2. Kacaukan susu pekat dan susu cair.
3. Masukkan pewarna, pati jagung dan perisa jagung. Godeh kasi rata.
4. Masukkan sweet corn ayam brand, garam dan kacau.
5. Masukkan ais kiub 1 beg.

Selamat mencuba!

Tuesday, 21 January 2020

Gaji Welder di Malaysia

Korang pernah tertanya-tanya tak berapa gaji welder di Malaysia ni?

Bertarung nyawa demi sesuap nasi. Gaji mesti masyukkan. Kalau tak, takkan la sanggup gadaikan keselamatan kita untuk kerja berisiko tinggi macam tu.

Jom kita bincang pasal berapa gaji welder-welder otai yang ada kat Malaysia ni.

OK, welder ataupun jurukimpal ni adalah orang yang pateri besi-besi dekat bangunan-bangunan tinggi, dan termasuklah juga mereka yang jadi mamat besi dekat pelantar minyak tu.

Elaun diorang saja akan bermula dengan RM300 hingga RM500 sehari! Lebih kurang USD100 per day.

Katalah mereka diarahkan bekerja offshore 2 minggu darat, 2 minggu laut.

So, 14 hari X RM300 lebih kurang RM4200 sahaja.

Sikit ke banyak tu? Bang, elaun saja bang. Belum tambah basic. Belum lagi dapat bonus tahunan.

Sebab tu pun ada perempuan sanggup jadi welder kat tengah laut. Sebab gaji memang sedap. Supaya korang fokus buat kerja. Tiada masalah duit tak cukup kalau nak joli kat darat nanti.

Orang kerja welder ni akan kena turun sampai 30 meter dalam air. Lebih kurang 20 tingkat punya bangunan.

Memang akan sesak nafas sikit walaupun guna tangki oksigen tu. Bukan calang-calang orang mereka ni. Silap-silap level Komando haha.

Jadi welder boleh mudah kene elektrik shock atau kejutan elektrik. Mana taknya, sebab diorang welder selalu berendam dalam air. Air kan pengalir elektrik yang baik. Kalau sikit saja lektrik dekat solder tu tak dibumikan, alamatnya sekitar kawasan kimpal tu akan kena kejutan elektrik.

Voltan dia bukan rendah dik oi.

Masuk bab gaji pulak tadi, Basic diorang dalam RM2000. So elaun saja lagi besar dari gaji basic.

Minimum RM6200 tau. Itupun kalau welder paling korok punya. Kalau level otai boleh cecah RM20k ke atas.

Kalau korang sanggup ambil Certification Scheme for Welding an Inspection Personnel (CSWIP), korang layak jadi Welding Inspektor. Gaji memang RM20,000 sebulan kalau dapat syarikat antarabangsa.

Memang lah mahal dah multi national company akan offer dalam USD5000, so korang darablah 4.

Tapi ni gaji 20k selalunya welder dasar laut. Mereka akan kerja 6 bulan dan cuti 6 bulan. So masa joli memang lupa dunia sekejap.


Wednesday, 14 August 2019

Perbezaan Warna Baju Offshore

Pernah tak korang tertanya-tanya apa beza warna baju offshore?

Ada kuning, ada merah. Dulu aku pun tak tahu ape bezanya warna-warna tu?

Sebelum tu, kalau korang minat pasal offshore ni, korang mesti minat nak tahu gaji pekerja-pekerja offshore kan.

Korang boleh baca pasal gaji jurutera mekanikal di Malaysia dan gaji welder kt Malaysia ni.

Company lain ke atau hanya lah nk bezakan pangkat besar dan yang mana kuli ke? haha..

Lepas aku cari sikit maklumat dekat internet, persoalan aku pun terjawab mengenai apa sebenarnya maksud di sebalik warna-warna baju pekerja-pekerja offshore ni.

Perbezaan warna baju offshore adalah mengikut syarikat mereka bekerja.

Kalau korang tengah nak cari kerja di offshore, boleh lah belajar perkara wajib untuk kerja offshore ni.



Kalau Kuning, selalunya client atau side client. Orang yang bawak projek dari syarikat mereka dan berebut-rebut orang nak mintak sign atas platform.

Acah je. Baju hijau selalunya contractor. Jom tengok sikit gambar member saya di offshore. Lagi kisah budak offshore kenalan saya.

Baju hijau ni akan bodek si baju kuning untuk puaskan hati klien atau dapatkan deal baru.

Korang paham-paham lah ye warna-warna tu.



Ia mewakili syarikat terbesar di Malaysia ni. Kalau tak faham tengok stesen minyak ye.


Selalunya Baju kuning nampak gah, orang pandang tinggi di platform.

Dulu, aku pernah interview weatherford, korang boleh baca sikit kisah interview tu di sini.

Bab gaji? Jangan risau, confirm lebih RM4k punya untuk dua-dua kuning atau hijau.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Baju merah pula selalunya baju kalis api. sesuai lah dengan warna baju dekat offshore.

Masing-masing ada stripe yang fungsinya macam 'glow in the dark'.

Tak lah ko rabun malam tak nampak orang jalan kalau stripe tu tak ada. Oh jap, kalau korang tengah minat offshore ni, apa kata korang tengok cara aku simpan duit RM18,000 dalam setahun untuk kahwin. Dan juga tips cara cari duit tambahan cara otai ni.

Baju biru pula QC atau quality control.

Contohnya bila projek siap, QC akan buat bend test, x-ray test dari welding section dari MMHE..

Berkaitan topi pulak, kalau topi kuning, memang kena panggil kuli atau nama gempaknya kontraktor. Dipanggil juga 'kuli kang' atau construction worker. general worker.

Topi offshore warna putih pulak. Yang ni gempak sikit, pihak pengurusan dan engineer.

Yang merah tu safety officer ya. Yang biru pula, site supervisor.

Jangan korang dapat kerja engineer lepastu terbeli topi kuning pulak. kahkah. Memang la terbeli sebab murah RM7 je satu haha.

Lagi satu topi kuning tu wayang aja. Nipis tak berapa selamat pun kalau korang pakai. So pilihlah safety helmet yang betul.

Kalau anda perempuan, jangan risau korang akan sentiasa jadi minoriti atas platform.




Friday, 2 November 2018

Perkara Wajib untuk Dapat Kerja Offshore


Industri Offshore mempunyai pelbagai peluang kerjaya menarik bagi mereka yang ingin bekerja di luar negara.

Mereka sentiasa mencari calon Offshore  yang betul dengan pengalaman yang relevan.

Jika anda berminat untuk bekerja di salah satu pelantar Offshore, anda boleh mencari semua kekosongan atau membaca lebih lanjut mengenai Offshore di blog kami.


Bagaimanakah anda dapat mengetahui posisi mana yang tepat untuk anda?
Sebelum anda memohon jawatan, anda harus tahu apa yang anda inginkan dari kerjaya anda. Bekerja di rig bermakna anda harus mempertimbangkan sama ada kerja praktikal Offshore dengan shift adalah sesuai untuk anda.

Pastikan anda memohon pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda - lebih baik menghantar satu aplikasi untuk kedudukan yang tepat daripada sepuluh aplikasi untuk yang salah.
Sekiranya anda tidak pasti kedudukan mana yang paling sesuai dengan latar belakang anda, anda perlu tinggalkan komen di bawah.


Pengalaman itu penting.

Industri Offshore  menghargai orang dengan semua jenis kelayakan terutama kejuruteraan mekanikal. Tetapi kedudukan Offshore sering dipenuhi oleh pemohon dengan pengalaman sebelumnya bekerja pada pelantar.

Sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman terdahulu, anda boleh menunjukkan komitmen anda untuk kerja Offshore dengan memohon kedudukan yang baik.

Sebaik sahaja anda tahu tentang kehidupan harian di rig, anda akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menjadi driller.

Bagaimanakah saya mendapat pengalaman Offshore apabila tiada sesiapa yang akan ambil saya tanpa pengalaman Offshore?

Pekerjaan dan kerjaya.

Terokai kedudukan Offshore yang berlainan
Oleh kerana kedudukan peringkat kemasukan sangat kompetitif, perekrut Offshoresering ditanya soalan ini.

"Jika anda mempunyai latar belakang bisnes tetapi tiada pengalaman Offshore, kami mengesyorkan anda bekerja dahulu untuk sebuah syarikat perkhidmatan, dan kemudian setelah mendapat pengalaman, anda akan lebih berpengalaman untuk kedudukan shift tetap.

Apa itu syarikat perkhidmatan?

Rigs mempunyai pelbagai jenis peralatan teknikal yang memerlukan penyelenggaraan dan pembaikan. Beberapa penyelenggaraan dijalankan oleh pekerja Offshore, tetapi jika kita tidak dapat menyelesaikan masalah itu, pembekal perkhidmatan Offshore akan ambil alih.


Contohnya, anda boleh menemui gambaran mengenai peralatan dan pengeluar yang berbeza pada semua rig pengeboran Maersk dengan lebihkan Google. Cuma cari pengeluar peralatan dan memohon secara langsung kepada syarikat-syarikat dalam bidang anda. Anda dengan cepat akan mendapat pengalaman Offshore yang sangat relevan yang boleh bekerja ke rig serata dunia.

Leverage pendidikan dan pengalaman anda?

Sekiranya andabaru selesai ijazah dalam kejuruteraan, atau jika anda mempunyai pengalaman leadership, maka anda mungkin sesuai untuk salah satu program ekspress Offshore. Penyelesaian program yang berjaya akan memberi anda peluang yang mencabar Onshore atau Offshore.

Sebelum anda memohon, pastikan anda tahu program mana yang sesuai dengan pengalaman dan minat anda.


Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk membantu peluang saya ketika memohon pekerjaan?


  1. Hanya memohon jawatan yang relevan - ingat bahawa ia tidak meningkatkan peluang anda untuk memohon untuk setiap posisi terbuka yang tersedia.
  2. Sediakan CV dengan jelas menyatakan maklumat perhubungan anda, sijil-sijil dan pengalaman rig, dan senarai kedudukan masa lalu, dengan nama syarikat, tarikh, dan huraian terperinci mengenai apa yang anda lakukan.
  3. Sekiranya anda mendapat temuduga, bersiaplah!
  4. Lakukan penyelidikan berkaitan kedudukan dan latar belakang syarikat, jalan kerjaya anda yang dikehendaki.
  5. Bersedia tentang soalan standard interview, seperti mengapa anda ingin bekerja untuk Offshore, dan apa kekuatan dan kelemahan anda
  6. Sediakan sebarang soalan yang anda ingin tanya kepada mereka.
  7. Gambarkan diri anda dengan cara terbaik - interview adalah untuk mengenali antara satu sama lain!
Good Luck Riggers!

Thursday, 1 November 2018

How to get a job in oil and gas industries in Malaysia

I'm talking about
something called labor shortage and oil
and gas so what does that mean means
there's going to be 80,000 jobs at the
beginning of this year that are going to
mean filled for projects at the end of
the fiscal year of 2015 and on top of
that there's gonna be eight hundred
seventy five thousand jobs that are
going to need to be filled within ten
years why should I even care about these
jobs that need to be filled imagine this
that you can make thirty percent more of
what you're already making to go ahead
and get into the oil and gas market and
you can do that with 30 days or less
because there's so much demand for job
growth and there's also other perks and
benefits they go along with it
some of the best health care that you
can have for you and your family you
also get to travel the world from a
global scale and three it's supposed to
be the highest maining jobs within all
the industries within the world meaning
that you can actually go ahead and safe
position yourself within this lustrous
industry and you can stay within this
segmented vertical of this industry for
a long time because your skills are so
valuable now where do we go from here
Jared why should I even talk to you
about this oil and gas job why can't I
just go ahead and go onto the internet
and apply online
you bought all inline boards is that
you're basically going to get on with
some of these job boards you're going to
fill something out type it out and then
you're going to send your attached
resume on top of that the problem with
that is is that a lot of these companies
get thousands upon thousands upon
thousands of resumes every single day
meaning that on top of all the work and
value that you already provide you're
not going to go ahead and get your foot
in the door because you're not
separating yourself away from the pack
so how do we go ahead and move forward
well if we go ahead and you go through
oil growth you will actually have a more
streamlined process to go ahead and get
your foot in the door we will go ahead
and use some valuable tools valuable
questions valuable answers to those
to go ahead and pique the interest
psychologically within that scissor
makers head so that you'll be put in a
different platform than the rest so what
does that mean essentially meaning I'm
going to give you the tools to go ahead
and get you the job that you deserve
within a certain X amount of dollars on
top of what you're already earning to
increase your value from a monetary
standpoint while at the same time giving
you a job really really quickly in less
than 30 days and then on top of that
have you positioned to stay in a job
security environment which is oil and
gas because how much demand for the
middle class has been going look we're
going to go look at three things they're
going to be great crew change Generation
X and we're also going to look at the
middle-class now the great crew change
what is that Jared so the great crew
change is going to be the baby boomers
anyone that's born from 1950 to 1965
generally speaking have been working at
will and guess it's a roughneck I don't
know rig ever since they pretty much
were wearing diapers now on top of that
they're actually going ahead and retired
because we're reaching the age where
they can be doing some of the stuff they
they can't be doing anymore which is
going down the field or walk in the
office just because they're getting
older in their need to retire and exit
the industry on top of that you're going
to have the Gen Xers between 1985 and
between 1999 you're going to have to
read a time there where no one entered
the oil and gas markets a gen Xer
because there was a huge financial
crisis in Texas and no one wanted to get
into it it was too unsafe at the time
this is the price of the oil was so low
and that the demand was just not there
so moving in the middle class there's a
huge gap now middle class because the
Gen Y animals they didn't actually doing
a lot more office work more in the
Silicon Valley style where they go ahead
and work with computers and technology
then less out into the field as some of
the middle class workers have been doing
so what does that actually show in a
graph so this is actually going to show
two things it's going to be more of a
gap in the middle class and more of a
AB in the income but it's going to be in
a good way
so it's huge supply of demand for these
workers which is going to be increasing
pay because they need the quality people
out there to do the projects necessary
to complete them for their budgets so
Jared I don't know that much about oil
and gas I don't know anything about it
come from an automotive insurer I come
from Ocean Street don't worry about it
what I want you to do is do you have a
can-do attitude do you want to get in
this industry do you want to learn about
pipelines you will learn about EMP which
is operations on the rig or do you want
to learn working about the refinery on
the plant siding it's all up to you what
I want you to do is I want you to go to
your frigerator
I want you to go ahead and get your
favorite beverage I then want you to go
to your couch sit down and I want you to
write these six things down one do some
exercise it'll open up your mind it'll
clear here and I shall make you think
better throughout the day number two
find a mentor find someone that you feel
like you can learn from because if you
surround yourself with people who
actually are more experienced more wise
you can go ahead and hone and harness
your craft in a way that actually shows
through a lot of trial and error from
their past mistakes to make you better
what you're going to be doing number
three take a communications class I
can't stress this enough guys if you
want to delegate and get your point
across to people and have influence over
others you're going to have to take some
type of speech public speaking class or
some type of communications class to
show and convey what you're trying to
get someone to do for you or a say in a
way that actually can influence a spark
interest within others also number four
I want you to go ahead and get involved
with some type of nonprofit organization
this could be a animal dog daycare and
this could be a religious activity give
a CrossFit box anyone of the bumps and I
can't stress this enough as well meetups
calm as well as hangouts provide a lot
of different areas where you can go
ahead and hang out with the many
different people who thought they can
have an influence on this will spark
some type of interest of thinking
outside the box a bit which can be
helpful for your job process as well as
meet people in and outside the industry
you can go ahead and tap down more of
who you are as a person which you
you've all better to become more of a
better professional because there's so
many different layers to what you're
trying to accomplish in life and things
will actually express it in more of a
way that will actually make you better
and more of an intern person which will
make you better your job because you're
so confident within yourself number five
read a motivational book job is jobs are
stressful
life is stressful careers stressful not
only for personally emotionally
financially but also just stressful just
from the actual day to day in out of
waking up going to work in the stresses
of going through the motions you may
need to have some type of motivational
book to let you know what the end result
is and once you know your end goal that
always keep you focused on the actual
prize at the end of the extensive labor
that you're doing and my last is very
important tap into your creativity what
I mean by this is if there's some type
of hobby that you had before you got
married or had kids or something you
haven't practiced in a while please put
away least an hour a day 30 minutes a
day to do some research on it
practice it during the weekend when you
have some time because if you tap into
that creative side it'll open different
neurons within your brain to actually
express different ways of you thinking
which can then enhance your life and
also make you have a better career
because you're thinking outside the box
which will then make you much more
valuable person in the job and outside
the job and you'll also be happier so
without further ado thank you guys for
watching I'm gonna go ahead and put my
link in the bio wwl growth comm also
shoot me an email it's gonna be a Jared
at oil growth calm and I hope this helps
and I'll see you next time
you

Popular Posts