Ramai dari anda yang minat nak jadi jurutera. Lagi-lagi jurutera mekanikal sebab bidang mekanikal ni senang dapat pekerjaan.
Ingat lagi dulu masa aku nak pilih bidang, aku pilih jurutera mekanikal sebab aku nak buat baju Iron Man. haha.
Bidang mekanikal sangat luas permintaannya dari semua sudut teknologi. Dari oil and gas, elektronik, farmasi, bioteknologi, getah, steam enjin, boiler, teknologi alam sekitar. Hampir kesemuanya perlukan khidmat jurutera mekanikal.
Di Malaysia ni, adakah jurutera mekanikal diberi gaji yang lumayan?
Ramai dari kita sangka jurutera adalah kaya tapi betul ke tanggapan tu? Secara keseluruhannya, saya sebagai seorang jurutera mekanikal yang dah berada dalam bidang ni berpuluh tahun, saya boleh katakan agak lumayan juga gaji jurutera mekanikal ni walaupun di Malaysia.
Baiklah, gaji jurutera mekanikal ni berbeza mengikut industri tau.
Kalau korang fresh graduate, biasanya akan di bayar RM2,000 hingga RM2,400 basic salary. Kalau korang dibayar rendah dari ni, pastikan korang cepat-cepat cari syarikat lain. Korang under-paid!
Ini adalah kalau anda jadi jurutera mekanikal di kilang-kilang di darat seperti industri elektronik, atau jurutera moulding barang-barang plastik, atau jurutera kualiti (Quality Assurance Engineer), PQE (Process Quality Engineer), SQE (Supplier's Quality Engineer).
Selalunya akan ada tambahan elaun atau anda boleh kerja overtime. Kadar overtime selalunya dalam RM10 sejam. So kalau korang bujang, nak kerja sabtu ahad pun boleh. Pastikan rest sehari sebab jabatan buruh tak beri anda kerja 7 hari tanpa henti.
Rakan saya boleh dapat gaji RM4,000 bagi fresh graduate selepas kerja overtime saja!
Tapi lepas saja korang dapat first job tu, korang carilah experience sebanyak mungkin dan cuba lompat ke syarikat lain dan demand gaji korang.
Ini yang bestnya jadi jurutera ni. Korang sendiri tentukan gaji korang. Climb the ladder!
Untuk sekali lompat kilang sahaja, korang boleh dinaikkan sampai RM1,000. Ya RM1k sekali lompat sahaja. Ia tidak bergantung pada berapa lama anda kerja di kilang tersebut. Ia bergantung bagaimana anda dapat tunjukkan pengalaman anda pada company baru.
Kalau kenalan saya, kebiasaannya dari RM2000 akan jadi RM2,500 untuk second job. Tetapi bila anda masuk bidang pengurusan projek seperti Project Engineer, gaji anda akan terus jadi dalam lingkungan RM3,000 walaupun baru setahun saja pengalaman.
Tapi perlu ingat, kalau anda sudah 5 tahun pengalaman dan anda mohon kerja di syarikat yang kecil, gaji yang mereka tawarkan adalah jauh lebih tinggi. Boleh cecah RM6,000 ke RM7,000 bagi senior engineer mechanical ni.
Itu saya baru cerita jurutera di kilang, belum masuk jurutera di oil and gas. Kalau anda belajar bidang mekanikal di universiti dan ditawarkan untuk kerja di bidang oil and gas, selalunya anda akan ditawarkan sebagai Field Engineer. Gaji jurutera mekanikal yang bekerja sebagai Field Engineer adalah dalam lingkungan RM15,000 bersih!
Ini termasuk elaun kerja di pelantar minyak, atau offshore allowance. Selalunya dalam RM300 sehari elaunnya. Rajin-rajin la tengok peluang kerja di pelantar minyak ya. Gunakan Indeed Jobstreet Linkedin tu sebaiknya.
RM15k bersih kalau anda dapat bekerja di plantar minyak terutamanya di bahagian pantai timur. Kemaman atau syarikat-syarikat yang berkaitan industri ni seperti di Pengerang, Johor akan tawarkan gaji dalam lingkungan tu. Berbelas ribu ringgit!
Ok, bagaimana pula dengan gaji jurutera mekanikal di bidang oil and gas tetapi bekerja di darat seperti Petronas, Shell, Exxon Mobil, Schlumberger, Weatherford dan lain-lain?
Untuk mereka ni..Basic selalunya RM4,000 bagi fresh graduate. Macam jurutera mekanikal di Petronas, dalam range RM4k+ gajinya.
Untuk syarikat gergasi oil and gas bidang exploration macam Schlumberger dan Weatherford, gaji diorang bagi fresh graduate dalam USD3,000! Kalau tukar dalam duit kita, dalam RM12,000+ bagi yang beru start kerja di company ni.
Belum lagi jurutera mekanikal yang dah ada pengalaman dan jump company selepas 2-3 tahun. Memang senang-senang je cecah RM20,000 sebulan.
OK, kalau korang dah jadi senior engineer, walaupun bidang di darat macam industri boiler di Pasir Gudang, industri perkapalan MMHE dan lain-lain tu, gaji korang sekitar RM4000 ke RM5000 sebulan. Tak termasuk elaun tau.
Selalunya kalau industrial park akan ada elaun tambahan dalam RM1,000. Sebab korang terdedah dengan asap gas berbahaya setiap hari. Dengan kawasan yang tak berapa sihat tu.
Sebab tu penting untuk korang ambil medical card atau pun takaful untuk cover korang kalau ada emergency nanti.
Amacam? OK tak gaji jurutera mekanikal di Malaysia ni? Bagi aku agak lumayan. Cuma korang kene pandai jual pengalaman korang sahaja.
Masa interview biar over claim sikit tapi jangan melampau-lampau. Ia penting sebab korang tentukan gaji korang sendiri.
Terima dulu kerja apa diorang kasi dan gain experience dari korang mula bekerja.
Bagaimana pula dengan bidang consultant?
Bagi yang kerja di darat, tak masuk kilang, korang selalunya yang dapat pointer tip top masa di universiti dulu akan ditawarkan kerja bidang syarikat perunding atau consultant. Gaji akan offer biasanya dalam range RM3,500 hingga RM4,000 tau! Untuk consultant ni memang akan dibayar gaji mahal sebab korang akan kerja lebih masa sedikit.
Tapi untungnya kalau korang tak masuk kilang dan bekerja dengan consultant ni, korang akan lebih mudah untuk apply IR atau Professional Engineer nanti. Kalau korang jurutera mekanikal, korang hanaya perlu 6 bulan design experience dan 3 tahun site experience.
Lepas tempoh tu, korang simpan dokumen-dokumen kerja korang dan boleh mula mohon IR dengan IEM. Tapi pastikan korang ada buat log book dan rekod kan semua kerja-kerja korang bila nak interview nanti senang sikit korang nak lepas.
Lepas dah ada IR dan korang join bidang construction (M&E), gaji korang adalah based on projek.
Korang boleh dapat RM70,000 sekali siap satu projek. Kalau korang dapat siapkan projek dalam masa 6 bulan, berbelas ribu jugak gajinya. Tapi selalunya kalau Prof. Eng. ni korang akan jadi Managing Director dan handle projek untuk klien. Korang akan bayar gaji jurutera-jurutera lain dahulu sebelum merasa habuannya.
Bagi yang minat nak jadi pensyarah, selepas korang graduate tu, korang boleh apply master course. Kalau korang dapat pensyarah yang ada grant sebagai supervisor korang, korang selalunya akan dapat elaun RM1,800 dan RM2,300 bagi pejar PhD.
Kalau jurutera mekanikal yang minat untuk sambung belajar, korang boleh target untuk jadi pensyarah dan gaji yang dioffer selalunya dalam lingkungan RM5,000 hingga RM7,000 bagi pensyarah fresh graduate PhD.
Bagi lepasan masters, gaji dalam RM4,000 sebulan. Untuk yang sampai PhD dan teruskan kerjaya sebagai Prof Madya, gaji anda dalam RM7,000 ke RM9,000.
Jika anda bertahan lama di universiti dan dapat jadi Professor, gaji anda dalam RM12,000 ke RM20,000 sebulan!
Potensi gaji jurutera mekanikal memang masyuk kalau korang pandai develop skills korang.
Jadilah jurutera mekanikal yang bijak dan berkhidmat kerana Allah.
Popular Posts
-
Pernah tak korang tertanya-tanya apa beza warna baju offshore? Ada kuning, ada merah. Dulu aku pun tak tahu ape bezanya warna-warna tu? ...
-
Korang pernah tertanya-tanya tak berapa gaji welder di Malaysia ni? Bertarung nyawa demi sesuap nasi. Gaji mesti masyukkan. Kalau tak, tak...
-
Ramai dari anda yang minat nak jadi jurutera. Lagi-lagi jurutera mekanikal sebab bidang mekanikal ni senang dapat pekerjaan. Ingat lagi du...
-
Korang tercari-cari berapa gaji helper offshore di Malaysia ni? Berbaloi ke kerja helper dekat offshore ni ya? Dalam entri kali ni, aku ak...
-
Hello everyone, today's post is about working offshore in Malaysia. I am just sharing my colleague photos who is now working in the ...
-
My posting today is a bit about how an engineer's life at Baker Hughes. I got the information from one of my colleagues who is now work...
-
Have you ever been to oil and gas interview, especially malaysian? I bet that my websites visitors are those looking for schlumberger i...