Wednesday, 14 August 2019

Perbezaan Warna Baju Offshore

Pernah tak korang tertanya-tanya apa beza warna baju offshore?

Ada kuning, ada merah. Dulu aku pun tak tahu ape bezanya warna-warna tu?

Sebelum tu, kalau korang minat pasal offshore ni, korang mesti minat nak tahu gaji pekerja-pekerja offshore kan.

Korang boleh baca pasal gaji jurutera mekanikal di Malaysia dan gaji welder kt Malaysia ni.

Company lain ke atau hanya lah nk bezakan pangkat besar dan yang mana kuli ke? haha..

Lepas aku cari sikit maklumat dekat internet, persoalan aku pun terjawab mengenai apa sebenarnya maksud di sebalik warna-warna baju pekerja-pekerja offshore ni.

Perbezaan warna baju offshore adalah mengikut syarikat mereka bekerja.

Kalau korang tengah nak cari kerja di offshore, boleh lah belajar perkara wajib untuk kerja offshore ni.



Kalau Kuning, selalunya client atau side client. Orang yang bawak projek dari syarikat mereka dan berebut-rebut orang nak mintak sign atas platform.

Acah je. Baju hijau selalunya contractor. Jom tengok sikit gambar member saya di offshore. Lagi kisah budak offshore kenalan saya.

Baju hijau ni akan bodek si baju kuning untuk puaskan hati klien atau dapatkan deal baru.

Korang paham-paham lah ye warna-warna tu.



Ia mewakili syarikat terbesar di Malaysia ni. Kalau tak faham tengok stesen minyak ye.


Selalunya Baju kuning nampak gah, orang pandang tinggi di platform.

Dulu, aku pernah interview weatherford, korang boleh baca sikit kisah interview tu di sini.

Bab gaji? Jangan risau, confirm lebih RM4k punya untuk dua-dua kuning atau hijau.

Masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Baju merah pula selalunya baju kalis api. sesuai lah dengan warna baju dekat offshore.

Masing-masing ada stripe yang fungsinya macam 'glow in the dark'.

Tak lah ko rabun malam tak nampak orang jalan kalau stripe tu tak ada. Oh jap, kalau korang tengah minat offshore ni, apa kata korang tengok cara aku simpan duit RM18,000 dalam setahun untuk kahwin. Dan juga tips cara cari duit tambahan cara otai ni.

Baju biru pula QC atau quality control.

Contohnya bila projek siap, QC akan buat bend test, x-ray test dari welding section dari MMHE..

Berkaitan topi pulak, kalau topi kuning, memang kena panggil kuli atau nama gempaknya kontraktor. Dipanggil juga 'kuli kang' atau construction worker. general worker.

Topi offshore warna putih pulak. Yang ni gempak sikit, pihak pengurusan dan engineer.

Yang merah tu safety officer ya. Yang biru pula, site supervisor.

Jangan korang dapat kerja engineer lepastu terbeli topi kuning pulak. kahkah. Memang la terbeli sebab murah RM7 je satu haha.

Lagi satu topi kuning tu wayang aja. Nipis tak berapa selamat pun kalau korang pakai. So pilihlah safety helmet yang betul.

Kalau anda perempuan, jangan risau korang akan sentiasa jadi minoriti atas platform.




Popular Posts