Monday 1 January 2018

Pengalaman Bawa Grab Selama 2 Tahun

Ok. Untuk post kali ini aku nak berbual sikit mengenai pengalaman aku selama 2 tahun bawa grab.

Kalau korang minat nak buat grab, jom dengar kisah dan pengalaman bawa grab aku selama 2 tahun ni.

Aku mula dari dulu masa grab belum lagi popular. Zaman teksi jelous tengok grab ambil penumpang hehe. Masa tu kene ambil orang cover2 line.

Time tu grab offer penyewa2 kereta sewa sekitar Johor Bahru ni untuk ready kalau ada request daripada penumpang.

Secara ringkasnya, memang berbaloi sangat buat grab. Kalau korang ada kereta sendiri tak lebih 7 tahun boleh la daftar sebagai pemandu grab di sini ya..

Tips-tips penting kalau nak dapat buat grab cara pro. Kalau nak rasa duit poket penuh tetiba je. BUAT WAKTU PEAK HOUR. Terutamanya pagi orang pergi kerja balik kerja.

Petang tu peak hour selalu start lepas jam 5. Dan peak hour best ialah Maghrib. Kalau macam kami di JB ni untung jugak kalau start jam 5 pagi sebab ada ramai orang request nak pergi JB sentral untuk masuk singapore. Dan ramai jugak dari JB sentral nak balik rumah sebab kerja shift malam.

Mula-mula korang kena plan nak buat grab berapa jam..Kalau niat nak hantar 2 3 trip lepas tu balik memang la rugi sikit.
Daripada sehari 1 jam selama 7 hari lebih baik korang wat sehari selama 7 jam lagu masyuk hehe.

Sebab korang jimat minyak kalau macamtu. Lepastu jimat masa sebab paling leceh grab ni ialah bila kita nak balik kekadang kt jb ni rumah kt skudai tapi last trip dekat pasir gudang.

Hambik 40km nak balik. So best practice ialah korang keluar rumah 6 atau 7 pagi dan balik rumah dalam 12 tengahari tu korang dah boleh dapat rm100 bersih ok.

Part time pun dah boleh cecah macam tu. Setakat ni aku buat pagi 7 pagi hingga 10 ke 11 pagi je. Dan weekend aku lenjan 10 pagi sampai 4 petang sikit-sikit je. Pun dah boleh dapat dalam rm1500 sebulan.

Kalau full time aku pernah dengar dari rakan boleh cecah rm4000 tapi ingat..Dia start dari 7 pagi sampai tengahari. Lepastu sambung petang dan Lepas isyak. 3 kali balik rumah.

Kalau korang nak tanya apa-apa boleh komen kat bawah. Nanti aku akan update lagi info-info menarik pasal grab ni ok :)

Jom mulakan carier anda sebagai pemandu grab part time atau full time..mudah saja


Popular Posts