Tuesday 21 January 2020

Gaji Welder di Malaysia

Korang pernah tertanya-tanya tak berapa gaji welder di Malaysia ni?

Bertarung nyawa demi sesuap nasi. Gaji mesti masyukkan. Kalau tak, takkan la sanggup gadaikan keselamatan kita untuk kerja berisiko tinggi macam tu.

Jom kita bincang pasal berapa gaji welder-welder otai yang ada kat Malaysia ni.

OK, welder ataupun jurukimpal ni adalah orang yang pateri besi-besi dekat bangunan-bangunan tinggi, dan termasuklah juga mereka yang jadi mamat besi dekat pelantar minyak tu.

Elaun diorang saja akan bermula dengan RM300 hingga RM500 sehari! Lebih kurang USD100 per day.

Katalah mereka diarahkan bekerja offshore 2 minggu darat, 2 minggu laut.

So, 14 hari X RM300 lebih kurang RM4200 sahaja.

Sikit ke banyak tu? Bang, elaun saja bang. Belum tambah basic. Belum lagi dapat bonus tahunan.

Sebab tu pun ada perempuan sanggup jadi welder kat tengah laut. Sebab gaji memang sedap. Supaya korang fokus buat kerja. Tiada masalah duit tak cukup kalau nak joli kat darat nanti.

Orang kerja welder ni akan kena turun sampai 30 meter dalam air. Lebih kurang 20 tingkat punya bangunan.

Memang akan sesak nafas sikit walaupun guna tangki oksigen tu. Bukan calang-calang orang mereka ni. Silap-silap level Komando haha.

Jadi welder boleh mudah kene elektrik shock atau kejutan elektrik. Mana taknya, sebab diorang welder selalu berendam dalam air. Air kan pengalir elektrik yang baik. Kalau sikit saja lektrik dekat solder tu tak dibumikan, alamatnya sekitar kawasan kimpal tu akan kena kejutan elektrik.

Voltan dia bukan rendah dik oi.

Masuk bab gaji pulak tadi, Basic diorang dalam RM2000. So elaun saja lagi besar dari gaji basic.

Minimum RM6200 tau. Itupun kalau welder paling korok punya. Kalau level otai boleh cecah RM20k ke atas.

Kalau korang sanggup ambil Certification Scheme for Welding an Inspection Personnel (CSWIP), korang layak jadi Welding Inspektor. Gaji memang RM20,000 sebulan kalau dapat syarikat antarabangsa.

Memang lah mahal dah multi national company akan offer dalam USD5000, so korang darablah 4.

Tapi ni gaji 20k selalunya welder dasar laut. Mereka akan kerja 6 bulan dan cuti 6 bulan. So masa joli memang lupa dunia sekejap.


Popular Posts