Thursday 19 March 2020

Resepi Air Balang Viral

Kalau korang google keyword "resepi air balang viral" ni, korang mesti adalah salah sorang yang nak cari pasal cara nak viralkan produk air balang korang kan.

Atau maybe korang tengah cari resepi-resepi air sedap untuk korang sajikan pada pelanggan ketika jual air dekat pasar malam atau sempena ramadhan kan.

Tak kisah air apa korang jual, milo ais, teh ais letup, limau naga, nangka berduri ke.

OK, bagi menjawab persoalan yang pertama tadi, mari kita bincangkan pasal cara viralkan produk atau pun resepi air balang korang.

Cara viral resepi air balang #1

Beri Free Gift!

Kalau korang nak viralkan air balang korang, kena kasi pengeras kepada pelanggan korang. Beri benda percuma adalah satu cara terbaik untuk pujuk mereka viralkan pada kawan mereka.

"Word of mouth is so powerful"

Kalau sekali orang bercerita pasal produk atau resepi air balang korang ni, memang akan memberi impak yang sangat positif pada perniagaan korang.

Sekali member recommend, mesti kawan mereka akan jadi SERIUS BUYER! Dan akan cari kat mana kedai air balang korang.

Cara viral resepi air balang #2

Kasi air balang percuma!

Teknik lagi baik. Korang kasi je percuma air balang korang tu. Mana orang tak suka benda percuma.

Pernah dengar tak benda percuma ni lagi sedap dari biasa haha. Habis tu macam mana nak untung kalau kasi benda percuma bang?

Haa.. Dekat sini korang kena pandai main. Teknik ni namanya "LOST LEADER". Kira kasi benda murah atau percuma dalam keadaan kita rugi sedikit tapi kita kaut untung dkt produk lain atau pusing balik cara untuk untung.

Teknik lost leader ini juga digunakan oleh Abdul Rahman Bin Auf, seorang sahabat nabi yang sangat bijak berniaga.

Abdul Rahman jual unta pada harga kos dan ambil untung pada jualan tali memandu unta. Dengan cara ini, semua orang membeli dari dia walaupun pada masa tu Yahudi yang monopoli perniagaan unta dengan sistem riba' mereka.

OK, Nak tau cara untung dengan kasi air balang percuma? Ikut step berikut...

Cara viral resepi air balang #3

Share di FB dan IG kalau nak dapat air percuma.

Macam ni la korang pusing keuntungan korang. Kalau nak dapat air percuma kena share pada rakan-rakan di facebook dan instagram. Baru lah korang dapat free marketing!

Korang dapat 2 dalam 1. Korang dapat SEDEKAH dan FREE MARKETING. Kos marketing korang jadi sedekah. Tak ke best macam tu.

Suruh mereka share pada rakan di fb dan ig di kedai korang jugak. Jadi pelanggan akan memeriahkan kedai korang. Akan ada barisan yang panjang sebab korang ambil masa diorang sikit untuk memenuhkan gerai korang.

So, makin ramai orang akan minat untuk datang tengok kedai korang penuh. Berebut - rebut orang nak air balang free korang nanti.

Pastikan resepi air balang korang sedap lah baru lah akan dapat repeat order.

Jom bincang resepi pula.

Resepi Air Balang Viral #1

AIR JAGUNG SUSU


Bahan-bahan:
1. Air masak 3-4 Liter.
2. setengah botol pati jagung 495ml.
3. 3 tin susu pekat.
4. 3 tin susu cair.
5. 1 sudu kecil pewarna merah.
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.

Cara-cara menyediakan Air Jagung Susu
1. Masukkan air dalam balang 30 liter.
2. Kacaukan susu pekat dan susu cair.
3. Masukkan pewarna, pati jagung dan perisa jagung. Godeh kasi rata.
4. Masukkan sweet corn ayam brand, garam dan kacau.
5. Masukkan ais kiub 1 beg.

Selamat mencuba!

Popular Posts