Friday 20 March 2020

Idea Bisnes Hujung Minggu RM100 Sehari Tanpa Modal

Adakah korang nak tambah income bulanan korang pada hujung minggu? Gaji bulan-bulan selalu tak cukup nak beli apa yang korang nak?

Apa kata korang ikut cara bisnes hujung minggu dan dapatkan income tambahan tanpa perlukan modal yang besar.

Kalau nak mula bisnes ni ada yang perlu modal, ada yang tak perlu modal. Kalau tak perlu modal korang perlu untuk laburkan masa dan tenaga korang.

Kalau korang nak result yang cepat, mulakan dengan modal. Kami kumpulkan beberapa idea bisnes hujung minggu yang boleh jana RM100 sehari untuk anda.



Idea bisnes yang perlukan modal.

1. Buka gerai pasar malam.

Untuk korang yang suka lepak-lepak dengan member. Suka menjual di pasar malam, dan suka bergaul di hujung minggu, pasar malam adalah tempat yang terbaik untuk anda tambah pendapatan. Jual lah buah-buah ke, kaca mata hitam RM5 ke, apam balik ke. Orang jual pasar malam di KL boleh cecah income RM5,000 ke RM10,000 sebulan tau!

2. Mulakan bisnes printing.

Idea bisnes hujung minggu ni memang mudah untuk start. Promote saja pada kawan-kawan dahulu. Nanti bila member korang recommend pada orang lain, korang akan dapat order tak putus-putus. Modalkan komputer dan printer peribadi saja. Lepas dah banyak order baru upgrade peralatan tu. Buatlah servis kad kahwin, photocopy, printing poskad, print bisnes kad. Pelbagaikan bisnes ni, baru nampak perniagaan anda hidup di mata pelanggan.

3. Bisnes kerepek dari rumah.

Kalau yang pandai masak dan menggoreng tu, kerepek memang sentiasa ada permintaan. Jarang orang tak nak order kerepek. Kalau korang nak kembangkan bisnes kerepek tu, korang jual saja di pasaraya.

4. Buka kedai makanan.

Buka saja khemah dan letak kerusi meja di selekoh-selekoh atau simpang empat yang ada traffic light. Memang akan banyak orang nampak. Pasang lampu banyak sikit kasi meriah. Yang penting, korang kene konsisten buka setiap minggu. Baru pelanggan nak datang selalu. Jual tak payah mahal. Cuba jual RM4 nasi goreng kampung. Kompem viral kerana murah.

5. Melabur saham/forex.

Idea bisnes ni tak payah hujung minggu pun korang boleh buat. Kat mana ada internet, korang boleh trading. Modal untuk saham agak besar dalam RM1000. Modal untuk forex kecil saja, korang boleh start dengan RM20. Konsistenkan grow akaun korang guna risk reward yang betul untuk setiap trade.
Dan kene bersabar untuk grow akaun korang. Risk kan 2% saja dari akaun. Kalau akaun anda USD20,000, anda dah boleh goyang kaki withdraw bulan-bulan.

6. Ternakan ikan/kambing/lembu/ayam.

Yang idea bisnes ni, korang kene keluar modal yang agak besar. Contoh, ada member bisnes jual ikan keli. Keluarga dia ada tanah. So, keluarkan modal dalam RM100K untuk bina kolam ikan sebanyak 26 biji. Sekarang jadi supplier yang agak masyuk di JB. Penternakan ni paling senang korang nak buat duit. Tak payah promote, orang akan cari bahan mentah tu. Customer datang melutut kat korang.

7. Tanaman herba/sayuran

Yang ni sama macam tadi. Guna idea bisnes hujung minggu ni. Tanam slow2 kat belakang rumah. Tuai dalam 2-3 bulan akan datang. Tak susah pun. Modal ada tanah saja.

8. Borong minyak wangi dan jual di kiosk pasaraya.

Ini idea bisnes yang agak brilliant. Korang borong untuk dapat harga rendah, dan market kan pada harga pasaran. Kalau nak dapat customer consistent jual di pasaraya. Pasaraya akan repeat order setiap hari akan order dari anda.

9. Jadi photographer member kahwin.

Kalau nak idea lagi gempak jadi photographer. Tapi perlu dimodalkan kamera dahulu. Belajar sendiri je jadi photographer ni. Sekali ambil gambar boleh cecah RM900 caj satu kali servis photographer kahwin ni.

10. Buka gerai uncle bob.

Mana pernah orang tak nak makan ayam goreng atau hot dog uncle bob ni kalau dah kuar bersiar-siar petang-petang tu kan. Ini idea bisnes hujung minggu yang tak ditelan zaman.

Idea bisnes yang tak perlukan modal/modal sangat rendah.

1. Mula blogging.

Kalau nak idea bisnes hujung minggu yang tak perlukan modal boleh start blogging. Kalau lagi kedekut, buat je blog macam saya buat ni guna blogspot.com. Lepastu bila trafik dah banyak buat iklan affiliate dengan klikjer macam iklan yang anda nampak di blog ni. It's totally passive selepas anda setup blog ni. Saya gunakan Google saja untuk source traffic ke blog ni. FREE!

2. Buat Youtube channel.

Ini idea yang best. Kalau hujung minggu malas nak keluar rumah berniaga, duduk rumah buat youtube channel, buat video la pasal cara buat duit ke, pasal makeup ke, pasal teknik photography ke, pasal cara nak lulus interview ke. Semua tu boleh buat duit. Konsistensi dalam buat video adalah kunci utama untuk channel youtube tu berjaya. Buat 2 video pada hujung minggu dan schedulekan untuk publish pada hari-hari di tengah minggu, youtube akan nampak consistency di situ. Teruskan untuk 2 tahun untuk nampak hasil yang memberangsangkan.

3. Freelancer seperti ambil upah design website, pereka grafik.

Ini pun cara yang ramai suka. Idea bisnes hujung minggu ni boleh jadi full time career kalau kena cara nya. Promote servis anda di Fiverr, forum-forum dan social media untuk tarik pelanggan.

4. Dropship produk orang lain.

Idea bisnes hujung minggu yang ni ada potensi besar untuk buatkan anda jutawan. Kalau nak start bisnes jual produk orang lain dulu. Nanti dah untung baru fikir buat produk sendiri untuk kaut untung lebih setiap jualan. Cari saja ajen dropship dan promote pada rakan-rakan. Atau buat iklan facebook kalau yang ada modal. Targetting dan set budget limit cap untuk dapatkan iklan murah guna PPE ads.

5. Affiliate marketing.

Ini juga idea bisnes hujung minggu yang ramai hasilkan jutawan internet. Affiliate marketing ebook di Clickbank dan Klikjer macam yang saya buat untuk dapat duit dari blog ni memang berbaloi. Yang penting korang fokus untuk hasilkan blog/website yang passive. Buat kerja sekali tapi income berkali-kali.

6. Tulis buku.

Ini kalau anda rajin menulis pada masa lapang. Tapi ingat, idea bisnes hujung minggu ni paling lambat untung. Anda perlukan masa yang banyak untuk tulis buku.

7. Bawak Grab.

Cara mudah untuk yang ada kereta dan lesen. Kalau dulu boleh start terus. Sekarang kena ada lesen. Tapi tahukah anda boleh dpt RM100 hingga RM200 sehari dengan memandu Grab? Boleh jadikan full time job kalau dapat job di bandar-bandar besar macam JB, KL dan Penang. Korang hanya perlu maintain kereta dengan baik saja. Tapi income boleh cecah RM4000 sebulan kalau korang bedal hari-hari dan hujung minggu. Kalau anda lagi  bijak sewakan kereta anda pada pemandu grab. Tapi perlu hati-hati dengan risiko kereta anda nanti ya.

8. Jual di Ebay, Amazon, Shopee, Lazada, Lelong, Mudah.

Haa. Yang ni korang boleh start idea bisnes weekend ni dengan upload seberapa banyak mungkin produk di website ecommerce tersebut. Kunci untuk berjaya guna idea bisnes ni adalah upload saja produk dengan gambar cantik dan description yang bagus. Pastikan harga anda lebih kurang dengan pesaing anda dan murah sedikit saja. Atau boleh gunakan teknik 'Loss Leader' untuk dapatkan like dan komen dahulu. Bila dah banyak engagement pada gerai online anda, baru anda naikkan harga untuk untung. Jual beberapa produk bawah harga market untuk dapatkan sale awal. Rugi dulu tapi cara ni berkesan.

9. Jadi ajen insuran, hartanah, takaful.

Ini idea bisnes hujung minggu yang boleh buat RM100 sehari senang-senang je. Komisyen yang anda makan selama 6 tahun. Katalah anda tak kerja bulan ni, income bulan lepas masih jalan. Buat kerja sekali, komisyen berkali-kali. Modal ciput, hanya kos pendaftaran RM30. Lepastu promotelah ke kawan-kawan dan keluarga untuk permulaan. Kalau ada ambil pakej family RM250+ ke, korang dapat lah makan 10% komisyen tu selama bertahun-tahun. Ini strategi naikkan cashflow bulanan korang cara pro.

10. Jadi jurubahasa dan guru tuisyen.

Kalau yang mahir banyak bahasa, boleh mulakan bisnes hujung minggu dengan mengajar orang lain. Guru tuisyen pun masyuk. Buat full time. Promote diri sendiri di website Indeed atau Jobstreet atau Mudah. Nanti ibu bapa akan cari anda. Lepas dah dapat first customer, beri bisnes kad pada mereka dan bina hubungan baik supaya ibu bapa pelajar nanti akan promote ke sedara-mara dan kawan-kawan mereka. Memang boleh cecah income RM2000 sebulan ke atas bagi yang full time guru tuisyen ni.

Popular Posts